Tuesday, 20 May 2014

Jom baca Ni !!

PADA SUATU HARI RASULULLAH SAW DUDUK BERSAMA SAHABAT2 BAGINDA & BERTANYA KEPADA MEREKA.

BERMULA DI TANYAKAN KEPADA SAIDINA ABU BAKAR:
"APA YANG KAMU SUKA DARI DUNIA INI?"

DAN BERKATALAH SAIDINA ABU BAKAR RA.

"AKU SUKA DARI DUNIA INI 3 PERKARA:

1.DUDUK2 BERSAMA RASULULLAH SAW.

2.MELIHAT WAJAH MU YA RASULALLAH SAW.

3.AKU KORBANKAN HARTA KU UNTUK MU YA RASULULLAH SAW "

LALU RASULULLAH SAW BERTANYA DENGAN SAIDINA UMAR RA.

"BAGAIMANA PULA DENGAN MU YA UMAR?"

JAWAB SAIDINA UMAR RA.

"ADA 3 PERKARA JUGA YANG AKU SUKA:

1.MEMBUAT KEBAIKAN WALAUPUN DALAM KEADAAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUINYA.

2.MENCEGAH KEMUNGKARAN WALAUPUN DALAM KEADAAN TERANG2AN

3.BERKATA YANG BENAR WALAUPUN PAHIT"

"DAN BAGAIMANA PULA DENGANMU WAHAI UTHMAN?"
BERKATA SAIDINA UTHMAN RA.

"ADA 3 PERKARA YANG AKU SUKA:

1.MEMBERI MAKAN

2.MEMBERI SALAM

3.BERSOLAT MALAM DI WAKTU MANUSIA TIDUR"

"BAGAIMANA PULA DENGAN KAMU WAHAI ALI RA ?"

"AKU JUGA CINTAKAN 3 PERKARA:

1.MEMULIAKAN TETAMU

2.BERPUASA DI MUSIM PANAS

3.DAN MEMUKUL MUSUH DENGAN PEDANG"

KEMUDIAN BERTANYA RASULULLAH SAW PADA ABU DZAR. RA


"APA YG KAMU SUKA DI DUNIA INI?"

BERKATA SAIDINA ABU DZAR RA.

"AKU SUKA 3 PERKARA DI DUNIA INI:

1.LAPAR

2.SAKIT

3.MATI"

KEMUDIAN RASULULLAH BERTANYA, "KENAPA WAHAI ABU DZAR?"

BERKATA SAIDINA ABU DZAR RA,

"AKU SUKAKAN LAPAR KERANA UNTUK MEMBERSIHKN HATI.

AKU SUKAKAN SAKIT KERANA UNTUK MENGURANGKAN DOSA2 KU.

AKU SUKAKAN MAUT KERANA UNTUK BERTEMU TUHANKU"

KEMUDIAN BERSABDALAH RASULULLAH SAW

"AKU CINTAKAN DARI DUNIA INI 3 PERKARA:

1.WANGI2AN

2.WANITA YANG SOLEHAH

3.SEMBAHYANG MENJADI PENYEJUK HATI KU"

KEMUDIAN DI WAKTU ITU TURUNLAH MALAIKAT JIBRIL AS MEMBERI SALAM PADA RASULULLAH SAW & PARA SAHABAT.

KEMUDIAN MALAIKAT JIBRIL MENGATAKAN

"AKU SUKAKAN DI DUNIA KAMU INI 3 PERKARA:

1.MENYAMPAIKAN RISALAH

2.MENUNAIKAN AMANAH

3.CINTA TERHADAP ORANG MISKIN"

KEMUDIAN MALAIKAT JIBRIL NAIK KE LANGIT & TURUN SEKALI LAGI KE BUMI & BERKATA .

"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENGUCAPKAN SALAM KEPADA KAMU SEMUA & ALLAH SWT BERKATA;

SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA PADA DUNIA KAMU INI 3 PERKARA:

1.LIDAH YANG SENTIASA BERZIKIR

2.HATI YANG SENTIASA KHUSYUK
 
3.JASAD YANG SABAR MENANGGUNG UJIAN"

Thursday, 15 May 2014

Baca Ni Yerr En2 Suami kat Luar :)


Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai
tempoyak feberet aku"


Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la
bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya
sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang
lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan
suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami.
Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh
pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun
kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak
boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing
ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan
kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum
1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak
tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak
wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang
pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan
makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak
bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit
kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan
makanan dengan duit, isteri makan sendiri la.

 Duit isteri adalah
hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu
tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu
besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan
berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami
bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi
lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik.
Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian,
jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan
akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri.

Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan
berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah
kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya
pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan
keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak
berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak
tau.

Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya
kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best
la kawin ramai.

Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela.
Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah
suami pulak.

 Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"
"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut
mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih.

Letih pulak
sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri.

Naya betul....."

wallahua'lam.

Wednesday, 14 May 2014

<¤( AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA )¤>


(Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang Anda kenal)
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di
isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

 Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insya Allah ridha
Allah akan anugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim. Salam Ukhuwah....

Sunday, 4 May 2014

Peranan Wanita Solehah ~~



Sesungguhnya beruntunglah anda jika wanita yang akan dan telah menjadi pendamping seumur hidup anda dapat menjelma sebagai....

buah hati belahan jiwa,
teman hidup yang setia,
penyeri dalam kehidupan,
penawar ketika duka,
penambah ghairah dan
pemberi semangat dalam kehidupan anda
serta.....

dapat mengambil peranan sebagai wakil anda ketika ketiadaan anda di rumah,
bahkan dapat menjelma sebagai pencetak dan
penggilap generasi rabbani yang anda dambakan...

Kecantikan wanita solehah itu...
tidak trletak pada kecantikan paras rupanya,
kemanisan wanita solehah itu...
tidak trletak pada gerak geri kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu....

bukan pada kemanisan percakapannya yg menggoncang iman kaum adam,
dan bukan pula trletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Kepetahan wanita solehah itu...
bukan pd nilai brg kemasnya atau kebijakannya menceritakan perihal orang lain...
tetapi,
ia trletak pd perjuangannya untuk meningkatkan martabat AGAMANYA!!

Rasul SAW pernah bersabda :
    ''Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah''

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah... Sebaik-baik wanita ialah
wanita (isteri) yang apabila engkau (suami) memandang kepadanya, dia menggembirakan hatimu,
jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat)
dan
jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya ...


Muhasabah diri...
kemuliaan seorang wanita bukan trletak pada kecantikannya..
tetapi trletak pada kehormatan dan agamanya...

Isteri cerdik dan solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
dirumah dia isteri, dijalanan kwan.. diwaktu kita buntu.. dia penunjuk jalan :)

Tips memikat isteri :-


Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 


Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...

Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji

Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca
pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani
Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"
Hormat ibubapa isteri

Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapapun
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)
Tegas dalam buat keputusan

Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depn
Jangan kedekut

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please
Jangan tinggal solat ...
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama2

Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)

Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah

Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2

Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
hemmmmm ...
Banyak lagilahhhhhh rasanya ...

TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...

Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.
Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.

Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama2nya ...
Jangan cari kelemahan pasangan anda !

Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.
Wallahu'alam !!