Allah adalah sebaik-baik pembuat perancangan.
Andainya sehingga kini doa atau permintaan kita masih lagi tidak dimakbulkan,
lihatlah dan imbas balik diri kita, adakah kita telah melaksanakan suruhannya atau kita melanggar suruhannya?
Sebagai contoh:
Jika kita melanggar suruhan-Nya. Kita masih lagi diberikan kenikmatan lain seperti kenikmatan hidup atau masih bernyawa supaya pintu hati kita terbuka untuk menuju ke jalan-Nya dan melaksanakan amanat dan perintahnya.
Muslim dan mukmim sejati adalah seseorang yang sentiasa mengingati-Nya
yang sentiasa sujud kepada-Nya
yang sentiasa tidak lupa akan tuhan-Nya
yang sentiasa melaksnakan perintah-Nya
yang meninggalkan larangan-Nya
Sedarlah kita wahai manusia
hidup di dunia ni adalah sementara
akhirat juga tempat kita kembali
Adakah kita tidak mahu bertemu-Nya di akhirat kelak?
Tapi kenapa kita selalu melakukan kesilapan dan tidak mahu berubah???
Fikir-fikirkanlah