Jangan Halang Keinginan
Anak Nak Kahwin (Pesanan Buat Ibu Bapa)…
1.Janganlah
bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu
membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama
Islam, sudah pasti akan diredhai Allah .
2.Janganlah dihalang
keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa
berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala
urusan.
3. Jangan sesekali risau pasal
pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke
mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
4.
Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh
menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran,
orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas
berkahwin.
5. Jangan risau anakmu dapat bayi
atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi,
kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah
ada perancangannya yang tersendiri.
6.Berkahwin itu
menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana
sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala
lagi.
7. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih
bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi
dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
8.
Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab.
Jika ditanya mana- mana suami isteri pun, sudah pasti
tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka
.
9. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah
pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi
pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya
pula..
10.Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiadapernah berhenti
mencari ilmu. Makadoakanlah supaya dia dapat menjadi seorang
lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
11. Usia remajanya
mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk
anakmu melangkah ke alam dewasax pula, bagi meraih
lebih banyak pengalaman.
12. Semua ini hanyalah keinginan
anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu
terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk
menghormati keputusan kedua orang tuanya.
13. Andai
kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu,
calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi
calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
14. Apa pun
jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati.
Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah
kita berharap kepadaNya.
No comments:
Post a Comment