KASIHNYA
IBU...MEMBAWA KE SYURGA...
~~ KisAh aNaK dErHakA~~
< KAKINYA DIRANTAI BUMI..MUKANYA
BERWAJAH BABI> Nauzubillah....
Wahai
anak-anak.. hargailah orang tua anda semasa hayat mereka masih ada....janganlah
kamu derhaka kepada mereka Dan sesungguhnya Redha Allah SWT terletak pada Redha
orang tua kita... Baca dan hayatilah kisah ini...
Kisah ini diambil dari blog grenbara.bravejournal. Bacalah
dan ambillah peringatan daripada kisah ini.
Penulis telah menemu ramah seorang wanita tua yang ingin berkongsi
pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu
ketika dahulu.
Tiada apa yang boleh memadamkan ingatan saya tentang cerita ini.
Aneh dan menginsafkan jika direnung kembali tentang seksaan Allah terhadap
seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri," cerita Nek Mariam.
Begini ceritanya: Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah
seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja
melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang
menimpanya itu.
Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan
dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya
walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh
jiwa dan raga.
Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.
Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah
kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati.
Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan
sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana
Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.
Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang.
Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan
ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan
masing-masing.
Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib
malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak
bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela.
Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya
masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang
dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari
belenggu ketika hidup bersuami dahulu.
Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah
bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala
urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan
karenah anak kecil.
Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang
merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu
sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di
bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan
kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya
menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan
pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari,
Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut
dengan fesyen terkini.
Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan
mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi.
"Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.
Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu
pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan
perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya.
"Binatang babi! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin
berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.
Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan
bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram.
Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.
Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung
itu.
Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut,
tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati
Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya
begitu kerana ingin membalas dendam.
Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang
yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya
diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya
untuk bertindak sesuatu.
Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah.
Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana
terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya
sambil berkata
"Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap....menyusahkan
orang, celaka!"
Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin.
Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila
menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu
menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah
membiarkan budak itu sebentar.
Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar
cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih
dahulu datang menyepak punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang
sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang
yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit
seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa
pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu.
Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur.
Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah
longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah.
Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat
mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi
tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki
Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong
terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu.
Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah
Yang Maha Esa itu.
Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu
melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah.
Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya.
Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak
berhenti mengalir membasahi lantai dapur.
Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan
luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat
pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang
amat menakutkan.
Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar
itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat
itu.
"Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai
dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun
dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak
yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara
membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan
oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada
sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir
membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi.
Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang
meraung-raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!!
Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak ....ayah...tolonglah!"
suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita
Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah
akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan
jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu
kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup.
Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah
yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor
babi! MasyaAllah.... Ramai orang menyaksikannya....satu lagi keajaiban yang
sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya.
Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya
begitu....Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan
yang amat buruk dan daif sambil berkata:
"Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu.
"Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah
cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan
mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia,
lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan
maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di
akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai
untuk kita semua....wallahualam.grenbara.bravejournal
No comments:
Post a Comment