Melembutkan Hati Anak Dan Suami
Ada satu cara yang mudah untuk kita amalkan bagi melembutkan hati anak
dan suami. Jika suami panasa baran atau anak-anak degil, janganlah kita
juga ikut degil dan panas baran sama, hadapilah dengan tenang walaupun
hati kita panas membara. Kita disarankan agar berusaha mengikut cara
yang betul, tak perlu nak berjampi sasma sini, cukuplah dengan wirid dan
selawat sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Caranya, mudah saja. Ketika membasuh beras, letakkan tangan di
atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad,
Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang
ganjil).
Kemudian berdoalah…
"Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya
Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana
lembutnya beras menjadi nasi."
Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan.
Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan mendengar dan memperkanankan doa kita,
Insya Allah.
Selain itu boleh juga mengamalkan zikir asmaul husna ;
“Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut) sebanyak 7x, kemudian sambung ~
Allahu LATHIIFUN bi'ibadihi yarzuqu man yasyaa'u wahuwal qowiyyul 'aziiz
~ bolehlah hembus ke ubun-ubun anak-anak dan suami atau baca dan
hembus perlahan-lahan ketika suami ada berdekatan dengan kita, Insya
Allah lembutlah hatinya..

No comments:
Post a Comment