Wednesday, 8 January 2014

Sejuk Tapak Kaki...17N

Walaupun tubuhnya panas...tapi tapak kakinya
 sejuk...

17 Nota

1. Iaitu  badan  demam  panas  tapi tapak kaki 
sejuk biasanya menunjukkan bahawa demam
itu ada penglibatan gangguan jin...

2. Tanda-tanda  lain ialah ubat demam kurang
atau tidak berkesan...atau sembuh sekejap
kemudian demam semula...

3. Sejuk  kaki juga  menunjukkan adanya  angin
bisa yang agak padat dalam badan...

4. Ia juga menunjukkan badan agak lemah untuk
menghadapi  gangguan  tersebut...tapi  bukan
bererti seseorang itu tidak dapat melawannya
atau tidak dapat dirawat...

5. Sejuk  kaki  juga  biasanya  menunjukkan ada
laluan keluar masuk jin atau angin bisanya
pada hujung-hujung jari bahagian kaki tersebut.

6.Kadang-kadang  kedua-dua  belah  kaki  rasa
sejuk..dan kadang-kadang yang sejuk itu tapak
tangan...sebelah atau kedua-dua belah...

...tandanya  ada  laluan  masuk  pada  anggota-
anggota tersebut...iaitu pada hujung-hujng jari.

7. Kadang-kadang  sejuk  itu  sampai  kelutut...
atau ke atas...atau betis...atau buku lali...atau
tapak kaki...atau jari-jari kaki...atau pada
hujung-hujng jari kaki...

... pada tangan..mungkin sampai ke siku...per-
gelangan tangan...tapak tangan atau jari...dan
sebagainya...

8. Semakin  kuat  sejuknya...semakin jauh ka-
wasan sejuknya...menunjukkan lebih padat
angin bisa dalam badan...

9. Walau apa  juga  penyakit seseorang...kalau
sejuk  pada  tangan atau kakinya...ia menunjuk-
kan ada penglibatan gangguan jin padanya..

10. Biasanya  anggota  yang  menjadi  laluan
keluar masuk jin ke dalam badan...akan ber-
gerak-gerak semasa seseorang itu sedang 
tidur.

11. Demam gangguan  pada  kanak-kanak  itu
paling  mudah  dikesan melalui gejala tangan 
atau kakinya yang sejuk...

12.Sejuk itu  menunjukkan  adanya angin bisa
jin dan ia boleh jadi laluan atau penempatan
jin...

13. Kadang-kadang  rasukan  jin  pada  sese-
orang itu  bermula  dari resapan angin sejuk
dari kaki dan meresap naik ke seluruh tubuh
dan ia kerasukan...

14. Tanda-tanda  lain  angin  bisa dalam badan
ialah anda rasa kurang sihat atau badan terasa
seperti demam panas sejuk...

15. Apabila  dirawat...angin  bisa  yang  ber-
kurang  dari  badan  boleh diketahui dengan
berkurang  atau  hilangnya  rasa sejuk tadi...
samada pada badan atau anggota kaki
tangan...

16. Bagi demam...kalau ada ubatnya...maka
bolehlah diminum dengan air doa...

17. Bagi  orang  sihat...tapi  ada  sejuk pada
hujung  jari  kaki  atau tangannya...ia menun-
jukkan...ada  laluan jin  yang  agak luas pada-
nya...dan mungkin pada masa-masa tertentu
'sesuatu' akan masuk melaluinya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Read this, Gadis Ketika Tuhan menciptakan wanita...

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???" Tuhan menjawab, "Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!" Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". 
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa???", tanya malaikat. Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. 
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. Allah S.W.T berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..." jadi..muslimat2 semua...berbanggalah jd seorang wanita...more complete,,,wanita solehah...to be muslimah/mu'minah solehah

Tuesday, 7 January 2014

Wahai Lelaki --- Ambil peringatan dari situasi ini-----

Dialog Suami Isteri

Isteri: Bang.. Period saya ni tinggal titis-titis je tapi tak kerap. Boleh ke saya solat ni ha?

Suami: Entah la. Cuba check kat Google?

Isteri: Tapi bang, period saya dah lebih 14 hari. Ini kira istihadah la kan?

Suami: Istihadah? Err.. apa tu? Cuba check kat Google?

Isteri: Saya confuse la bang. Ustaz kata saya boleh je solat kalau saya tak capai sekurang-kurang haid. Sekurang-kurang haid tu kira macam mana bang?

Suami: Entah. Awak check kat Google la tengok?

Isteri: Asyik-asyik Google, asyik-asyik Google. KALAU MACAM TU SAYA KAHWIN DENGAN GOOGLE JE LA. LAGI SENANG!!

Pengajaran: Lelaki perlu belajar Fiqh perempuan. Jangan terlalu benarkan Google mengambilalih tugas anda sebagai suami untuk mendidik isteri atau anak-anak perempuan anda.

Petua Melayan Isteri :)

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Tanda Lelaki Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda.

1. Dia menganggap kekasihnya orang yang paling dia percayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.

2. Kadangkala dia suka merajuk kerana mahu dipujuk oleh kekasihnya.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya itu.

4. Dia sentiasa mengambil berat mengenai kesihatan, makan dan minum kekasihnya itu.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia akan berasa sengsara apabila terlalu lama berjauhan dengan kekasihnya.

7. Dia mudah cemburu dan sensitif jika kekasihnya berbual mesra dengan lelaki lain.

8. Apabila wujudnya orang ketiga, dia akan kehilangan akal normal dan sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kekasihnya kembali.

9. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memudahkan urusan kekasihnya.

10. Dia lebih mementingkan kekasihnya berbanding dirinya sendiri.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya...