Walaupun tubuhnya panas...tapi tapak kakinya
sejuk...
17 Nota
1. Iaitu badan demam panas tapi tapak kaki
sejuk biasanya menunjukkan bahawa demam
itu ada penglibatan gangguan jin...
2. Tanda-tanda lain ialah ubat demam kurang
atau tidak berkesan...atau sembuh sekejap
kemudian demam semula...
3. Sejuk kaki juga menunjukkan adanya angin
bisa yang agak padat dalam badan...
4. Ia juga menunjukkan badan agak lemah untuk
menghadapi gangguan tersebut...tapi bukan
bererti seseorang itu tidak dapat melawannya
atau tidak dapat dirawat...
5. Sejuk kaki juga biasanya menunjukkan ada
laluan keluar masuk jin atau angin bisanya
pada hujung-hujung jari bahagian kaki tersebut.
6.Kadang-kadang kedua-dua belah kaki rasa
sejuk..dan kadang-kadang yang sejuk itu tapak
tangan...sebelah atau kedua-dua belah...
...tandanya ada laluan masuk pada anggota-
anggota tersebut...iaitu pada hujung-hujng jari.
7. Kadang-kadang sejuk itu sampai kelutut...
atau ke atas...atau betis...atau buku lali...atau
tapak kaki...atau jari-jari kaki...atau pada
hujung-hujng jari kaki...
... pada tangan..mungkin sampai ke siku...per-
gelangan tangan...tapak tangan atau jari...dan
sebagainya...
8. Semakin kuat sejuknya...semakin jauh ka-
wasan sejuknya...menunjukkan lebih padat
angin bisa dalam badan...
9. Walau apa juga penyakit seseorang...kalau
sejuk pada tangan atau kakinya...ia menunjuk-
kan ada penglibatan gangguan jin padanya..
10. Biasanya anggota yang menjadi laluan
keluar masuk jin ke dalam badan...akan ber-
gerak-gerak semasa seseorang itu sedang
tidur.
11. Demam gangguan pada kanak-kanak itu
paling mudah dikesan melalui gejala tangan
atau kakinya yang sejuk...
12.Sejuk itu menunjukkan adanya angin bisa
jin dan ia boleh jadi laluan atau penempatan
jin...
13. Kadang-kadang rasukan jin pada sese-
orang itu bermula dari resapan angin sejuk
dari kaki dan meresap naik ke seluruh tubuh
dan ia kerasukan...
14. Tanda-tanda lain angin bisa dalam badan
ialah anda rasa kurang sihat atau badan terasa
seperti demam panas sejuk...
15. Apabila dirawat...angin bisa yang ber-
kurang dari badan boleh diketahui dengan
berkurang atau hilangnya rasa sejuk tadi...
samada pada badan atau anggota kaki
tangan...
16. Bagi demam...kalau ada ubatnya...maka
bolehlah diminum dengan air doa...
17. Bagi orang sihat...tapi ada sejuk pada
hujung jari kaki atau tangannya...ia menun-
jukkan...ada laluan jin yang agak luas pada-
nya...dan mungkin pada masa-masa tertentu
'sesuatu' akan masuk melaluinya...
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
No comments:
Post a Comment