Nabi Muhammad s.a.w cakap apa?
Celup jari pada garam dan hisap jari tu
sebelum dan selepas makan.
Sebab apa?
1. Garam
mengurangkan selera makan kita, jadi kita boleh bersederhana waktu
makan, tak berlebihan, tak membazir.
2. Boleh buat kita rasa
kenyang.
3. Kalau ada santau dalam makan, garam boleh
menghapuskan santau itu. Sama juga dengan sihir.
4. Elak
keracunan makanan.
5. Boleh menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Kita buat tak?
Jom amalkan. Hadis tentang garam :
1. Dari Anas Bin
Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam.
Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."
2.
Hadis riwayat AlBazzar. Rasulullah pernah menyarankan supaya
memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.
Baginda berkata : "Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan
secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling
kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya
diketahui oleh ALLAH sahaja."
No comments:
Post a Comment