5 Perbuatan 'Baik' Yang Boleh Membawa Padah
1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut
Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of
California, San Diego, sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih
tangandengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair
pembersihmengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan
berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci
tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan
untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum
60% kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.
2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil
yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikan, bermula
dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dejelaskan oleh
Jody Levine,seorang dermatologis dari New York.
"Wanita
biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya
jikamereka tidak mendapat hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa,
produkkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan
minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.
Mencuba
pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna
kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. "Biasanya kulit seseorang
berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal
ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk
tersebut, "tambahLevine.
3. Memakai 'selipar Jepun' (flip flop slippers)
Ketika
ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, anda pun memilih selipar
jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston,
kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan
berbahaya.
"flip
flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh
menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan
cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain
itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior)
bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari
kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke mana-mana. Oleh
kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan
penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak
kaki(mengikut bentuk tapak kaki).
4. Menggosok gigi selepas makan
Memberus
gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar
gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa
jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan
mempunyai kandungan asid yang tinggi.
"Jika
terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan
makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap
Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh
mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda berkumur dahulu
untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu
jam sebelum memberus gigi.
5. Latihan cardio untuk menurunkan berat badan
Jika
anda fikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan
dengan mudah, anda ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS,
seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New
York, "Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa
dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa
ke semasa."
Selain
itu, melakukan gerakan sukan yang sama (kardio) terus-menerus juga
boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa
gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga
denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan
jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori
dengan lebih banyak.
No comments:
Post a Comment