Wednesday, 25 September 2013

hayatilah :)

Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1
sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM.
Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat
cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka
di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk
diedarkan kepada masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara
tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-
dua duit tersebut.
RM100 bertanya kepada RM1,
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau
busuk?"
RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari
Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan
dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan
dan ditangan pengemis".
Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,
"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan
masih bersih?"
Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari
Bank, aku terus disambut perempuan cantik, &
aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion &
juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku
selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet.
Heh!"
Lalu RM1 bertanya lagi,
"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"
Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"
RM1 pun berkata lagi,
"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku
selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan
anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur
kepada ALLAH.Aku tidak dipandang bukan
sebuah nilai, tetapi adalah sebuah
manfaat"Akhirnya, menangislah RM100 Kerana
sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi
tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.
Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri
kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat
penghasilannya dipakai untuk memuliakan
ALLAH.Kerana kekayaan bukanlah utk
kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment