1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri
mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan
menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari
atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah
jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan
senyuman kasih sayang
dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf
dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik
isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,
jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan
seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai
kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena
tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya
panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari
segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis
dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah
isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau
rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya
akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan
suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari
atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau
ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula
ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut
seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau
tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik
yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat
sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika
pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang
keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak,
cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan
seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan
anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu
ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri
berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala
besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya
terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu
kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri
sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat
pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu
ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu
berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah
yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan
bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada
di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda
gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami
isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa
disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.
Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan
masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur,
bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak
anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi
zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Apakah sifat calon suami yang baik? PC sarankan baca artikel ini: 10 Sifat Suami Yang Baik
No comments:
Post a Comment