Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung
bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini :
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya
Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu
menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan
yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik,
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah
ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali
hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?
Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran
atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Mohon sebarkan agar kita dapat memperbaiki perkara ini dalam masyarakat kita. Tekan butang share dibawah untuk kongsi.
No comments:
Post a Comment