~Pahit Manis Kehidupan Berkeluarga~
Assalamualaikum semua. Dah lama rupanya tak update blog kesayangan ku
ini, eheheee...Penyakit M datang melanda sejak kebelakangan ini. Lagi
pun banyak keje n urusan yang hendak di selesaikan. Komitment pun
terlalu banyak dalam kehidupan sehari-hari. Anak yang kecik tu pun dah
tak nak renggang lama-lama dari Aima. Boleh di katakan setiap hari f
nak pi keje kena main hide n seek dulu. Pantang tengok Aima pakai
tudung mulalah paut kaki, buat muka kesian n nangis macam orang kena
cubit. Kekadang tu bila nampak Aima pakai tudung n bawak handbag
mulalah dia cepat-cepat amik sandal ke kasut ke n lari tunggu depan
pintu, ahahaaa...Rasa kesian gak tengok adik salu nangis bila tau Aima
nak pi keje tapi nak buat macamana, keje tetap keje kan, lagi pun untuk
kesenangan anak-anak jugak, ye tak??? =)
Sepanjang minggu lepas memang rasa kelam kabut sikit n rasa tak cukup
masa. Mana kereta buat hal n berhari-hari masuk klinik =( dah tu nak
uruskan persekolahan anak-anak lagi. Mana anak demam lagi. Ada sekali
tu Aima bawak ke empat-empatnya sekali pi klinik sebab demam, muntah,
cirit birit, batuk, selsema dan sakit tekak, pakej la pulak kan,
eheheeee...Sampai Aima pun terjangkit sama. Nasib baiklah Aima ne kuat
semangat sikit, cewahhh, ahahahaaa...
Dan Syukur Alhamdulillah juga Aima panjatkan kepada Allah SWT kerana
ketiga-tiga anak Aima yang bersekolah lulus dalam peperiksaan dan akan
naik class tahun hadapan. Kakak lulus dengan mendapat Grade B di
Sekolah Menengah dengan lulus semua subject, Alhamdulillah.
Manakala abang pulak menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan Darjah
Pra Sekolah Ugama dengan mendapat tempat ke3 dengan markah peratus 99%.
Sementara di Sekolah Rendah pulak abang juga menjadi top student dengan
mendapat semua markah A, Alhamdulillah.
Sementara Abang Beh pulak lulus Darjah 1 dan mendapat markah di luar
jangkaan Aima sebab sebagai seorang ibu Aima tahu kekurangan anak Aima
yang sorang ini, Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Dan mulai tahun 2014
Abang Beh akan memulakan persekolahan Ugama bagi darjah Pra =)
Ini bermakna mulai tahun hadapan cuma adik sorang je tinggal kat rumah
dari pagi hingga petang, boleh lah adik menguasai rumah sorang-sorang,
ahahaaa...
Sungguh tak terasa kan perjalanan hidup ini, cepat sangat masa
meninggalkan kite. Bila melihat anak-anak dan besar panjang rasa macam
tak percaya n bagaikan mimpi di siang hari ~,~.. kekadang rasa macam
baru je meninggalkan zaman bujang, rasa macam baru je hidup berdua ngan
Mr Hubby. Bagaikan baru semalam mengasuh anak-anak yang masih kecil,
tup-tup sekarang tengok semua dan besar.
Kakak dah 12 tahun, Abang 8 tahun, Abang Beh 7 tahun n Adik dah pun 1+
tahun, cepatnya putaran dunia. Dan paling terasa adalah terasa diri ini
semakin TUAAAAAAA, uhuhuuuu.... Rindunya pada zaman anak dara dulu,
rindu ngan keriangan anak-anak ribena yang tak pernah nak fikrikan
masalah hidup, uhuuu...
Tapi takpe, masa lalu mana dapat di ulang kembali, ye tak? Yang penting
kena fikrikan tuk masa hadapan. Dan sebenarnya pengalaman hidup banyak
mendewasakan dan mematangkan diri Aima. Semoga kebahagiaan dunia
akhirat menjadi milik kite semua, aminnnn...
Bila di imbas kembali perjalanan hidup Aima ne, terasa gak diri bertuah
(perasannyeeeee, ahahaaa...) Alhamdulillah banyak angan-angan Aima
menjadi kenyataan. Dari hidup bujang, menjalani lak hidup berdua ngan
Mr Hubby (mmwahhhhh...) walau banyak dugaan, halangan dan rintangan yang
diharungi, Alhamdulillah jodoh kami panjang hingga masuk tahun ke 13
(tinggal 2+ bulan je lagi nak masuk tahun ke 14)
Kemudian kami di kurniakan seorang puteri yang sangat comel yang menjadi
penyeri dalam kehidupan kami berdua. Di saat kakak berusia 1+ tahun
kami dah hidup berdikari sendiri dengan tinggal di rumah yang disediakan
Syarikat tempat Aima keje. Sejak tinggal sendiri boleh dikatakan
segala pahit manis kehidupan kami tempohi bersama dan ianya satu
pengalaman yang tak mungkin dapat di lupakan sampai bila-bila. Bermula
dengan keadaan rumah yang tak banyak barang, perabot dan perkakas rumah,
Aima n Mr Hubby mula berdikit-dikit membeli perkakas rumah dan perabot
hingga boleh di katakan semuanya lengkap, Alhamdulillah.
Kami tinggal di rumah tersebut dari sorang anak hingga mendapat 3 anak,
banyak betul kenangan manis di rumah tersebut. Dari cuma sebuah kereta
pada mulanya yang di punyai Mr Hubby, kemudiannya kami mempunyai 2 buah
kereta lagi tuk Aima gunakan pi keje n bawak anak-anak. Dari tak punya
bibik yang mana anak-anak terpaksa di hantar ke rumah family Aima setiap
hari dan petang di ambil balik hingga mendapat pembantu sendiri tuk
jaga anak-anak, Alhamdulillah..
Setelah hampir 6 tahun tinggal di rumah tersebut akhirnya kami berpindah
ke sebuah rumah teres 2 tingkat yang di sediakan oleh Pihak Kerajaan
untuk anggota beruniform seperti Mr Hubby, walau sesayang mana pun kami
kat rumah tersebut tapi terpaksa jugak meninggalkan rumah yang banyak
kenangan tersebut. Rumah teres ini memang dekat sangat dengan rumah
keluarga Aima, dekat ngan tempat keje Aima serta dekat ngan sekolah
anak-anak. Suami pun senang hati f nak tinggalkan kami anak beranak
jika keje malam.
Setelah 2 tahun lebih tinggal di rumah teres, akhirnya kami mempunyai
rumah sendiri, hak milik sendiri (seperti yang Aima share dalam n3
lepas) menggunakan duit sendiri hasil jerih payah dan titik peluh Mr
Hubby keje dan duit simpanan yang di simpan sedikit demi sedikit sejak
mula berangan hendak membina rumah sendiri dan akhirnya di saat umur
baru menginjak 33 tahun bagi Mr Hubby n Aima baru nak masuk 32 tahun
maka berdirilah sebuah rumah tuk kami sekeluarga, Syukran Ya Allah..
Dan di rumah ini lahirlah lagi seorang permata kami iaitu Adik, yang
mana kelahirannya memang membawa kenangan yang sangat indah dalam hidup
kami sekeluarga, terima kasih Ya Allah.
Aima bersyukur sangat ngan rezeki kurniaan Allah SWT kepada Aima
sekeluarga, Syukur Alhamdulillah. Dan Aima berdoa semoga kebahagiaan
ini akan kekal hingga ke nafas kami yang terakhir. Memang takde
kehidupan yang selalu indah n mulus, tentu banyak onak duri yang
terpaksa kita lalui, Aima dah lalui semua tu, dah banyak dugaan yang
Aima hadapi, itulah yang dinamakan Pahit Manis Kehidupan (seperti nama
blog Aima ne), eheheee....
Dan Aima pun nak ucapkan berjutaan terima kasih kat Mr Hubby kerana
menerima diri ini seadanya, Aima sedar terlalu banyak kekurangan dalam
diri ini, terima kasih suami ku, sama-samalah kita berdoa agar
rumahtangga kite berkekalan hingga ke nafas yang terakhir dan terima
kasih kerana telah menyayangi diri ini dan anak-anak dengan sepenuh
jiwa, dan terima kaasih atas segala pengorbanan selama ini, uhuhuuu...we
love u so much *hug*
No comments:
Post a Comment