~ 10 Adab Terhadap Diri Sendiri~
Setiap orang seharusnya mempunyai keperibadian mulia bagi mencerminkan
diri sendiri, lebih-lebih lagi sebagai orang yang beragama Islam yang
penuh dengan kesempurnaan. Sebelum kita ingin menjadikan diri sebagai
contoh serta teladan kepada orang lain, kita perlu mengenal beberapa
adab terhadap diri sendiri dahulu.
~MeNjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara menyucikan diri.
~ Memotong kuku tangan dan kaki setiap minggu. Sebagai umat Islam, kita
tidak digalakkan menyimpan kuku yang panjang kerana ditakuti menyimpan
najis. Lebih baik berkuku pendek dan ia nampak lebih kemas.
~
Memotong rambut apabila sudah panjang. Seandainya seseorang menyimpan
rambut yang panjang, jagalah kebersihan dan menyikat rambut agar kemas
dan rapi.
~ Jangan mengadap kiblat sewaktu meludah, membuang hingus
dan kahak. Lebih elok anda memandang ke arah yang lain dan lakukan
perkara itu bukan di depan orang lain.
~ Sentiasa mengutamakan
bahagian kanan. Dahulukan kanan dalam semua perkara seperti makan,
minum, mengambil wuduk, mandi, memakai pakaian, memakai kasut, memotong
kuku, mengambil dan memberi barang. Utamakan bahagian kiri untuk
membuang hingus, membuang sampah, menanggalkan pakain dan beristinjak.
~ Mengalihakan wajah ketika bersin dan mengelakkan daripada terkena
muka, makanan dan barang orang lain. Anda boleh gunakan sapu tangan atau
tisu untuk menekup mulut anda dan memperlahankan suara sebeoleh yang
mungkin.
~ Memuji Allah menyebut " Alhamdulillah " (Segala Puji Bagi
Allah) Sesudah bersin. Orang yang mendengarnya pula hendaklah menjawab "
Yarhamukallah " (Semoga Allah Merahmatimu). Kemudian orang yang bersin
itu pula menjawab " yahdii kumullah wa yushlihu balaakum "
(Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).
~
Meletakkan tangan dimulut apabila menguap. Ini kerana menguap dengan
mulut terbuka memang kelihatan tidak sopan, selain dapat menghindarkan
sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Sekiranya boleh, jangan menguap
dengan membunyikan suara atau jangan membunyikan suara langsung. Setelah
menguap, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah kerana ada pendapat
yang menyatakan menguapa adalh salah satu tanda kemalasan. Allah tidak
suka pada kemalasan dan menguap adalah sesuatu perbuatan daripada
syaitan.
Adab menguap :
Menahan dengan sekuat-kuatnya.
Sebagaimana Hadits Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam :
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda ;
Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci menguap, maka jika
salah seorang dari kalian bersin dan membaca hamdalah maka merupakan hak
bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah,
adapun menguap maka itu dari setan, maka jika salah seorang dari kalian
menguap maka hendaknya ia menahannya semampunya, karena sesungguhnya
jika salah seorang dari kalian menguap, syaitan ketawa melihatnya.” (HR.
Al – Bukhari)
Seandainya tidak bias ditahan maka hendaknya di tutup rapat-rapat dengan tangan.
Tidak ada keterangan untuk membaca doa-doa tertentu ketika kita sedang atau setelah menguap.
Mengingati Allah dan bersyukur apabila melihat wajah di cermin.
Tips utk wajah sentiasa muda + cantik semulajadi
1) Sebelum cuci muka, selawat 3 kali, setiap hari.
2) Amalkan membaca doa melihat cermin, moga cantik luaran dan jua dalaman.Amin.
Ikhlas kerana Allah dalam semua perkara. Jadikan matlamat utama
kehidupan sebagai mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah!
No comments:
Post a Comment