14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) Bersamaan 14 Nov 2013:
1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4)Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5)Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya
daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti
dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah
akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan
dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat:
"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah
11 kali.
12) Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu
kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
No comments:
Post a Comment