"Kahwin ni bukan senang, banyak benda kena tahu..kena belajar.."
"Ya ke??"
Ya, untuk berkahwin, banyak perkara yang kita perlu pelajari.
"Nak belajar apa…?"
Kahwinlah, bila dah mengemudi
bahtera rumahtangga, baru kita tahu ilmu apa yang kita tak lulus,
pelajaran apa yang kita masih lemah, aspek apa yang kita perlu dalami.
Untuk berkahwin, kita kena
matang. Maka, bernikahlah, kita tak ada pilihan lain, melainkan terpaksa
menjadi matang bila sudah bersuami dan beristeri.
Kalau kita ikutkan perangai dan
keinginan budak-budak kita, maka pintu keruntuhan rumahtangga terbuka
luas di hadapan. Boleh saja bergaduh dengan suami, bergaduh dengan
mertua, bergaduh dengan anak-anak..tapi ‘bergaduh dengan matang’, supaya
kasih sayang tak hilang walau dah banyak kali gaduh.
Untuk berkahwin, kita kena
belajar dari pengalaman orang. Maka berkahwinlah, kita akan faham apa
yang orang lain cerita, dan kita tahu nasihat mana yang boleh diguna
pakai sekarang, nasihat mana yang boleh digunakan di kemudian hari. Dan
nasihat mana yang tak usah dipakai..
Untuk berkahwin, kena buat
persediaan. Maka berkahwinlah, kalau tak, bagaimana mungkin kita tahu
persediaan kita cukup atau tak.. Kalau lepas kahwin ternyata tak cukup
persediaan kahwin, ayuh kita berkerjasama dengan pasangan untuk saling
topup kekurangan kita.
Persediaan kewangan tak cukup,
lemas kahwin kita bekerjasama menjana ekonomi rumahtangga, dari habiskan
kredit keluar dating atau untuk sms dan call berjam-jam sewaktu
berpacaran..
Untuk berkahwin, ilmu agama kena
kuat. Maka bernikahlah, saat itu kita akan jelas tinggi rendahnya ilmu
kita. Adakah ilmu agama kita selama ini hanya slogan…? Atau hanya ilmu
yang berkisar di bibir, mudah diucap…? Atau ilmu agama itu telah meresap
ke hati, menjadi peribadi yang menenangkan hati suami dan isteri kita…
Untuk berkahwin, kena belajar
effective communication skill. Maka bernikahlah, dan setelah bernikah
barulah kita saling membuat kesilapan bercakap sesama suami isteri. Setelah kita saling menyakitkan hati pasangan, baru kita belajar - apa dan bagaimana cara berkomunikasi yang sepatutnya.
Maka sebab itulah, kita perlu berkahwin.
Supaya kita berada di dunia yang sebenar untuk belajar menjadi suami dan isteri.
Selepas berkahwin, mulakan belajar dengan serius, bagaimana seharusnya menjadi isteri.
Belajar meluahkan perasaan dengan hikmah dan jelas.
Belajar memberi pandangan yang bernas.
Belajar untuk taat dan tidak membangkang.
Belajar bermanis muka dan tidak merajuk.
Belajar memandang dengan tenang, bukan dengan muka masam.
Belajar berterima kasih, memberi penghargaan dan pujian.
Belajar menggoda dan melayan nafsu suami.
Belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan suami.
Belajar menyimpan aib suami, menjadikan ALLAH curahan perasaan, menjadikan insan amanah berilmu tempat memohon pandangan.
Belajar memotivasikan suami.
Wah...banyaknya isteri kena belajar...??
Apa pula yang suami perlu belajar..??
Saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak,
tapi dipendekkan, buat bakal suami dan yang telah selamat menjadi suami,
belajarlah menjadi suami dan pemimpin yang dicintai ALLAH dan Rasul.
Jika tidak mahu belajar dan berubah, jangan pelik kenapa rumahtangga tak
tenang, isteri pula selalu menyerabutkan fikiran..
Kesimpulannya, studi elok-elok
ya.. Resultnya, kalian akan jadi suami dan isteri yang sangat dicintai
lagi dihormati. Tempoh pengajiannya, seumur hidup.. Dont give up!
Selamat bernikah semua, selamat datang ke alam rumahtangga yang menarik dengan sesi bergaduh dan bermanja :p
p/s: Sila baca coretan ini
dengan merujuk coretan saya yang lain juga, jika tidak, anda salah faham
yang saya suruh anda 'terjun hidup-hidup' ke lautan dalam bernama
perkahwinan...
No comments:
Post a Comment