Thursday, 14 November 2013

Muhasabah dan perbetulkan diri kita.. :)

97% muslim yang aku jumpa bila disebut:

"Wei, Mat kirim salam..."

Akan dijawab..

"iyee ke?WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Ok.....

Nmpk mcm tak da masalah kan?

Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

Ya..memang ada masalah....

Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya,jelas di dalam hadis nabi saw,nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....

" wa'alaika wa'alaihissalam "

Sbb apa?

Mat suruh abu kirim salam kat ma'il..

Ma'il jwb " wa'alaikumussalam "

Sdgkan:-

Wa'alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

jadi salam mat kpd ma'il tak terjawab kan?sbb ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORG TENGAH..

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... Indahnya islam...

Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB....

*Sebarkan,jgn mintak izin,tampar kepala kang...ilmu2 Allah ni utk disebarkan..*

♥♥♥ :: ♥|assalamualaikum....|♥ ::. ツ ♥♥♥

Wednesday, 13 November 2013

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) Bersamaan 14 Nov 2013:



1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4)Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5)Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12) Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.

13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, 12 November 2013

CARA MENSUCIKAN DIRI SETELAH MELAKUKAN ZINA



Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, memerahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir meneteskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu.

Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina
Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.

Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi kerumahnya.

Tiga tahun lebih berlalu, namun si wanita tetap tidak berubah pikiran. Dia datang kembali kepada Rasulullah untuk bertaubat. Dia berkata: Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!

Rasulullah SAW bersabda kembali kepada semua yang hadir disana, Siapa yang mengurusi anak ini, maka dia adalah temanku di surga

Sesaat kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam. Setelah wanita tersebut meninggal, beliaupun menshalatinya.

Melihat hal tersebut, umar Bin Khatab merasa sangat heran sekali. Beliau berkata: Engkau menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina!.

Rasulullah kembali bersabda: Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, yang seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah? (HR. Ahmad)

Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua

Catatan : ini menunjukan, Bahwa Dosa berzina tak akan Hilang kecuali dengan Cara seperti Rasulullah,JikaDosa berzina Bebas dengan Cara bertaubat, maka Sudah jelas Rasulullah juga tidak akan menghukum Rajam pada wanita tersebut.. Tak Cukup Hanya membaca istighfar,tak Cukup Hanya bertaubat.
Tetapi Cukup dengan Hukuman seperti di atas,jika pezina itu Adalah Muhson ( sudah menikah ),maka Hukumannya adalah Rajam sampai ajalnya seperti Hadits di atas,jika pezina itu Ghoir Muhson ( belum menikah ) maka Hukumannya Di Cambuk dengan 100 kali Cambukan.

Dan dengan Hukuman seperti itulah Dosa orang yang berzina akan di Hapuskan Oleh Allah SWT.

Wallahu a'lam

SubhanAllah,,,

"semoga Allah ilhamkan kepada kita dan keluarga dalam ketaatan beribadah kepada Allah... Aamiin".

Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa ingat dan menjauhi betapa besarnya dosa zina tersebut.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin
___________________________
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT :

Thursday, 24 October 2013

Ganjaran Untuk Isteri Solehah



1. "Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun"

2. "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"

3. "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin"

4. "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai syahid & khidmat kepada suaminya sebagai jihad"

5. "Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)"

6. "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

7. "Apabila meninggal dunia dan suaminya redaha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga" (Riwayat Tarmizi)

8. "Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka" (Riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday, 23 October 2013

Hikmah suami isteri bergaduh sekali seminggu, lepas ini ajaklah isterimu gaduh selalu

KALAULAH saya suami yang tidak pernah marah,  menegur,  merungut, atau mengeluh, saya percaya dalam  beberapa bulan sahaja, isteri pasti akan berasa menyampah habis setiap kali melihat muka saya.

Lebih teruk, saya mungkin dianggap suami dayus ataupun bodoh walaupun ‘saya tidaklah bodoh sangat!’
Rumah tangga kami sudah pasti teramat membosankan. Itulah yang saya percaya dan saya percaya, itulah juga yang dipercayai ramai orang!
Walaupun ketika berkonflik, semua orang akan mempersoal malah menyesal kerana menganggap pasangannya adalah yang paling teruk di dunia, namun percayalah, dia pasti akan lebih menyesal jika mendapati pasangannya itu adalah manusia yang hanya tahu senyum dan mengangguk sepanjang masa!
Saya teringat untuk menulis hal ini semalam apabila isteri minta tengok laporan akhbar mengenai satu kajian bahawa suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menurut laporan itu,  tinjauan   Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) mendapati pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu dianggap masih boleh berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiamkan diri ketika marah.

Ini menunjukkan pertengkaran membantu merapatkan hubungan suami isteri dan memulihkan salah faham. Justeru, ia amat penting dalam rumah tangga.
Daripada pengalaman, kenyataan itu memang tidak ragu-ragu untuk saya akui.
Pertengkaran selagi masih dalam lingkaran kasih sayang dan pertanggungjawaban, bagi saya adalah suatu ekspresi kesungguhan. Syaratnya, jangan sampai ada maki hamun atau sepak terajang yang boleh membuat pasangan trauma atau berasa terhina!
Kadang kala pertengkaran juga  membuat kita lebih memahami pasangan.
Hayati bait lirik lagu Tan Sri P Ramlee:
Sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
buang yang keruh, ambil yang jernih
barulah teguh peribadi …
Ya, lama dulu kita sudah disedarkan bahawa konflik suami isteri ada hikmahnya untuk lebih bahagia. Ini untuk kita insaf i bahawa kita tidak boleh hidup dalam hanya satu atau dua warna.
Dalam buku Aduhai Isteri halaman 53-56, saya menulis   bahawa ketika berkonflik, suami isteri harus sentiasa sedar dan ingat mengenai  hakikat cinta dan kasih sayang sesama mereka selain menanam teguh dalam hati bahawa konflik bukan semata-mata mahu cari pasal untukbergaduh dan pasangan pula bukan musuh.
Akhirnya kita akan mendapati bahawa pertengkaran dalam hubungan suami isteri sebenarnya adalah sangat indah, pergaduhan boleh bawa hikmah. Syaratnya seperti yang saya nyatakan tadi, jangan ada maki hamun atau sepak terajang apa lagi menyebut sesuatu yang tidak seharusnya – berpisah!
Mengapa saya kata hal yang bagi sesetengah orang adalah sangat tidak elok itu sebagai hikmah, atau sesuatu yang indah?
Bayangkan sahaja begini, setelah puas bertengkar, melepas habis apa yang terbuku di hati, kita lazimnya akan sedar, insaf bahawa orang yang kita sudah kata macam-macam itu sebenarnya adalah insan yang paling kita sayang, orang yang selama ini menjaga kita, orang yang selama ini jadi teman kita di kala susah dan senang, orang yang sudah terlalu banyak jasanya kepada kita, berkorban untuk kita dan bagi suami, insan itulah juga yang bersabung nyawa melahirkan zuriat kita!
Apakah dalam keinsafan yang seperti itu masih tega lagi dalam hatimu wahai kawan untuk terus membencinya?
 
Sudah pasti tidak melainkan jika kamu benar-benar berhati syaitan!
Justeru, ketika itulah saya percaya bahawa hati kita yang sebenarnya sudah siap ditanam dengan kasih sayang yang sejati akan diselubungi sepenuhnya oleh kekesalan yang amat sangat.
Ada baiknya dalam keadaan seperti itu, biarlah sama-sama menangis, mengulang sebut pengakuan bersalah, memuji-muji pasangan sebagai manifestasi penyesalan.
Dan percayalah juga bahawa dalam keadaan itu, hati manusia mana sekalipun pasti akan sanggup untuk membuat penyerahan diri yang total kepada pasangannya, zahir dan batin dengan sepenuh kasih sayang.
Sebagai suami isteri ataupun insan yang sudah dewasa, kita masing-masing tentunya amat memahami apa yang seharusnya berlaku selepas itu. Sebab itulah juga saya ‘menegur’ isteri saya apabila dia ‘tagged’ laporan akhbar itu dalam ‘wall’ Facebook saya dengan kata-kata “jom gaduh…”
Ya, saya segan walaupun dia semata-mata ajak saya bergaduh dan saya sendiri pun sememangnya suka bergaduh!

Sunday, 20 October 2013

MEGAPA KAMU BISA MENINGGALKAN APA YANG BAIK YANG PERNAH DAHULU KAMU LAZIMI ?

:(


jika dulu, semasa di alam persekolahan, bersama2 sahabat di asrama/rumah sewa, ada yang mampu membaca sejuzuk al-quran setiap hari sementara menunggu solat isyak berjemaah di masjid..

jika dulu, ikhtilat nya terjaga, sekarang main hentam saja, melayan yang tiada kena mengena, di mana 'stand' kita yang pernah dahulu menjadi benteng di jiwa?

jika dulu, usai subuh dan asar berjemaah, dapat kita alunkan zikir mathurat bersama2, usrah pula menjadi tunjang kekuatan kita,

jika dulu, menjadi kebiasaan membaca surah yassin beramai2 di dataran perhimpunan sekolah, membaca asma ul husna sebelum kelas bermula, membaca doa penerang hati bersama2, kenapa tidak sekarang? sudah terlalu dewasa agaknya..

jika dulu, bacaan al-mulk akan kedengaran antara jam 11 ke atas, tapi sekarang suasana sepi di iringi bunyi cengkerik sehinggalah malam berlabuh dengan begitu sahaja..

jika dulu, seawal jam 4 pagi, sudah terdengar bunyi percikan air, ada yang bersiap sedia untuk berjumpa kekasih abadi, namun malangnya kini, jam 6.45 pagi, lantai di bilik mandi masih kering lagi..

jika dulu, ada yang terpaksa menutup aurat, melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung kerana peraturan sekolah, takut di denda guru disiplin agaknya? mengapa tidak di hayati sehingga meresap ke dalam hati??

jika dulu, kita lah antara penggerak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang giat menjalankan amar makruf nahi mungkar..mungkin sekarang ada yang sedang di uji dengan kata2 yang pernah dituturnya sendiri..

ayuh tempelak diri, demi kepentingan di kemudian hari...
kenapa ada yang telah jauh lari, dari landasan yang telah di gariskan Ilahi..
tidakkah kau merindui, saat diri di tarbiyyah untuk mengikut acuan agama yang suci?
carilah kembali biah solehah yang pernah dahulu sebati dengan diri,
sebelum diri jauh menyimpang, ingat diri kita sentiasa di 'perhati',
segala amalan akan tercatat dalam buku yang bakal di bentangkan nanti,
istiqamah itu amat sukar, bagi hati yang telah 'mati'..
..........................

Saturday, 19 October 2013

~Kisah Allah s.w.t menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah saw:


Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah

datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani

Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.

Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah

S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami

lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga

perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan

satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku
dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh

Allah S.W.T.


2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan

dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi
Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan

kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama

Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

~Islam sama Islam fighting, non Muslim hahaaha~