~Kisah Allah s.w.t menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah saw:
Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani
Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah
S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami
lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga
perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan
satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku
dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan
dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi
Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan
kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama
Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
~Islam sama Islam fighting, non Muslim hahaaha~
No comments:
Post a Comment