Wednesday, 10 June 2015

Indahnya Jika Mengamalkan Syariat Islam

Islam adalah agama yang memelihara keharmonian dan kedamaian segenap aspek kehidupan. Cara hidup islam, andai berusaha diamalkan secara benar dan sempurna, memberi kebahagiaan kepada manusia secara peribadi ataupun kehidupan bermasyarakat... Setuju tak dengan mukadimmah saya ni :)

Indahnya islam.. setiap anggota tubuh yang dianugerah ALLAH ini ada sistem yang perlu diikuti, jika tidak, akan kucar kacir kehidupan kita dan orang lain. Sepasang mata yang dikurniakan itu tidak boleh melihat sebarangan, sepasang bibir itu juga tidak boleh mengungkap kata sewenang-wenang. Kerana kelak semuanya akan diminta pertanggungjawaban.

..Ya, sekali lagi ingin saya berkongsi tentang bicara dan komunikasi. Mudah-mudahan topik bicara ini mengingatkan dan memotivasi diri ini dan kalian untuk memuhasabah nikmat bertutur dan terus menyuburkan akhlak mulia.

“Perbanyakkanlah hal yang menyebabkan kalian masuk syurga, iaitu taqwa kepada ALLAH dan akhlak yang mulia.” (Riwayat Tirmidzi)

Saudaraku, kata-kata mempunyai dua sisi. Sisi positif dan sisi negatif.

Kata-kata boleh melukakan jiwa.

Kata-kata juga boleh menyembuhkan jiwa.

Ada amaran yang disampaikan Baginda SAW buat umat yang dikasihi  berkaitan isu berkata-kata.

Sabda Rasul SAW: “…Jagalah yang ini – lidah…”

“Wahai nabi ALLAH, apakah kita akan diseksa dengan apa yang kita ucapkan…?” tanya Mu’az bin jabal.

“Manusia masuk neraka tidak lain kerana apa yang diucapkan oleh lidah-lidah mereka…”

(Riwayat Tirmidzi)

Ayuh saudaraku, lidah ini, kita gunakan untuk meraih pahala dan membina cinta sesama manusia. Bagaimanakah untuk menggunakan lidah ke arah kebaikan…?

Pertama, kita renungkan ajaran Rasul SAW bahawa, “…Ucapan yang baik adalah sedekah…” (Riwayat Bukhari)

Carilah ruang dan kesempatan untuk memberi nasihat yang diperlukan. Dalam masa yang sama, berusahalah menyampaikan nasihat itu dengan cara yang dimahukan.

Budayakan memuji dan memotivasi dalam bicara, namun bukan memuji untuk buat orang perasan. Untuk membimbing dan mengubah manusia ke arah kebaikan, cara yang dikenal pasti paling ampuh adalah dengan memotivasi dan memuji. Gunakan lidah untuk mencari sifat-sifat positif insan lain, mudah-mudahan akan terdorong hatinya meninggalkan keburukan.

“Adik, adik seorang yang suka membantu orang, adik peramah dan pandai bergaul, adalah lebih baik kalau adik juga menjaga hubungan dengan ALLAH. Adik solat penuh lima waktu, adik menjaga aurat seorang muslimah.. bila adik jaga syariat ALLAH ini, tuhan akan makin menyayangi orang macam adik…” moga nasihat ini memotivasi dan bermanfaat.

Nikmat berbicara itu juga, halakanlah ia ke arah menyatakan penghargaan dan terima kasih. Ucapan terima kasih juga adalah tanda kesyukuran kita pada kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

“Terima kasih ukhti, mengingatkan diri ini dengan kelalaian-kelalaian ana..” sentiasalah berterimakasih.

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Alangkah baiknya juga seulas lidah, bila mampu menolak ucapan yang buruk dengan kebaikan atau dengan sesuatu yang lebih baik ( rujuk Al-Mukminun: 96). Berlembutlah selalu..

Ada dikisahkan bahawa Rasul SAW menegur kata-kata kasar yang diungkap Aisyah RA, meskipun kata-kata itu tertuju pada orang kafir… Tegur Baginda SAW:

“Tenanglah wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH menyukai kelembutan dalam segala sesuatu” (Riwayat Bukhari)

“Wahai Aisyah, hendaklah engkau bersikap lembut, jauhilah sikap kasar dan keji…” (Riwayat Bukhari)

Dengan islam juga, diamnya sepotong lidah itu juga adalah tanda keimanan.

“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, berkatalah yang baik, atau diam...” (Riwayat Bukhari)

Diam mendapat pahala, kita tambahkan pula dengan senyuman untuk pahala berganda – berwajah manis pada saudara bukan kah termasuk dalam amal soleh?

Yang terlebih penting, lidah milik para penyampai ilmu – guru, ibu ayah, pemimpin, daie, murobbi, dan sesiapa yang menyebut tentang ALLAH dan Rasul SAW, berhati-hatilah menyebut sesuatu yang tidak diketahui secara pasti.

Menyebut sesuatu dan menyandarkannya kepada ALLAH dan Rasul sesuatu yang salah, adalah berbohong atas nama ALLAH dan Rasul. Neraka lah tempatnya kelak, pesan Nabi.
 
 
Seterusnya, jauhi bencana lidah yang sering berlaku ini, iaitu jangan sesekali membuka aib orang lain –contohnya mengulas tentang masalah rumahtangga atau perceraian orang. Menyebarkan cerita-cerita buruk seseorang hanya dengan mendengar dari orang lain. Kecuali benar-benar untuk mencari penyelesaian, maka keaiban dibuka pada orang-orang yang amanah lagi berilmu.

“…Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya yang muslim, maka ALLAH akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat...” (Riwayat Muslim)

Berwaspada juga dengan ghibah dan namimah (mengumpat dan mengadu domba). Ia adalah senjata syaitan yang ampuh untuk memecahbelahkan persaudaraan dan persahabatan.

Berkumpul di rumah kenduri, mengumpat saudara- mara. Berkumpul bersama teman-teman, mengumpat teman lain yang tak disukai. Mengumpat pensyarah, atau guru-guru. Mengumpat boss.

Di tempat kerja, kawan-kawan sekerja menjadi bahan cerita sisi negatif. Ada di antara mereka yang mendengar pula, menyampaikan kepada orang yang diumpat. Itulah yang dinamakan mengadu domba. Hingga akhirnya prasangka buruk mendapat ruang untuk berkembang subur.

Di facebook pula, ada bicara tanpa suara. Maka jagalah adabnya seperti berbicara di alam nyata.

…dasyatnya bencana lidah, jika tidak dikawal oleh ilmu dan iman. Indahnya ungkapan bahasa, jika yang mengungkapnya meletakkan akhirat sebagai neraca.

Justeru saudara-saudaraku…, ayuh berusaha mencari pahala dengan ucapan. Kita sama-sama menahan lidah untuk berbicara yang tidak perlu apatah lagi yang sia-sia dan berdosa. Kurangkan perkataan, lebihkan senyuman. Moga cinta terbina semula, moga perselisihan harmoni akhirnya..

Petikan/Kutipan Ayat-ayat Islamik

Assalamualaikum. Hamba Allah, Umat Rasulullah, Saudara Islam, apa khabar iman mu? Cukupkah solatmu? Berzikirkah hatimu?  =')
Alhamdulillah jika semua perkara di atas sudah kita lakukannya. Jika belum, tak mengapa Allah masih beri peluang kepada kita hingga ke hari ini. Sesungguhnya Allah menyanyangi kita. Bukti? Hari ini kita masih bernafas dan dapat guna segala nikmat Allah di muka bumi ini dengan baik sekali. kan.
okay, hari ini eka berbesar hati nak kongsikan kepada kawan-kawan semua
ayat Islamic yang sangat berguna buat kita. ayat-ayat ini eka dapati daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai di mana mereka semua amatlah hebat-hebat belaka orangnya.semoga dakwah mereka diberkati oleh Allah Taala. insyaAllah.
kepada rakan-rakan yang ingin copy and share dipersilakan. Semoga dengan satu click anda menyebarkannya, anda akan dapat ganjarannya daripada Allah Taala. insyaAllah.
  1. Seorang lelaki yang hebat bukan yang mampu membawa wanita ke Bulan, tapi yang mampu membimbing zaujahnya hingga ke Pintu Syurga. Aamiin :') 
  2. Saya akui awak cantik sangat, tapi setelah awak menutup aurat dengan sempurna, setelah awak taati perintah Allah :')
  3. Jadi lelaki yang rajin pergi ke Masjid, bukan lelaki yang lepak kaki lima usha awek sana sini. Tapi jangan pi senyum kat tabung masjid.
  4. Andai mati menjemput, biarlah mati dlm keadaan yang Islam, beriman dan dijauhi dari dosa. Semoga kalimah LailahailaAllah tersemat dlm jiwa.
  5. Sayang Allah? Ikut PerintahNya. Sayang Rasul? Amal Sunnahnya. Sayang Ibu? Elak Derhaka. Sayang Ayah? Jauhi Murka. Sayang Saya? Berdoa padaNya
  6. Allah bagi anggota badan lengkap, kesihatan sempurna tapi solat tak cukup 5 kali sehari. Apa nak jawab dengan Allah nanti?
  7. Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatkan dirimu merasa sedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, ianya tidak akan terulang kembali.
  8. Jangan sampai kita merasakan panasnya Jahannam. Tidak jemu lisan Rasulullah mengingatkan kita kan. Jaga solat, Jaga Syahwat, Jaga Aurat :')
  9. Kita lulus UPSR, kita lulus PMR, kita lulus SPM, kita lulus STPM, tapi adakah kita lulus SPM yang satu lagi? SOALAN PADANG MASYHAR :'(
  10.  Jika Allah yang mengizinkan untuk mencintaimu dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah.
  11. Aku anak, aku mahukan Syurga bersama kedua Ibu bapaku. Aku Islam, aku mahukan Syurga bersama semua saudara Islamku :)
  12. Dalam setahun, 12 bulan, 365 hari, 52 minggu, 8.760 jam, 525.600 minute , 31.536.000 saat, dan saat inilah kita sentiasa bersama Allah...
  13. Kalau terjaga tengah malam ni sebenarnya satu anugerah dari Allah. Dia kirimkan malaikat kejutkan kita supaya kita bangun beribadah padaNya.
  14. La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana. Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.
  15. Aku rela malu semasa menegur saudara Islamku daripada aku malu ditanya oleh Allah mengapa tidak menegur Saudara Islamku :)

Tuesday, 19 May 2015

Kenapa Mesti Mencukur Bulu Kemaluan Dalam Islam?? PERLU TAHU!!

Artikel kesihatan untuk semua, terutama kepada wanita di luar sana. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sama-sama kita fahami kenapa Islam mengalakkan untuk menjaga kebersihan dan mencukur bulu kemaluan ini penting.

Umat islam terutamanya digalakkan menjaga kebersihan diri. Ini termasuklah kebersihan mencukur dan memotong bulu yang tumbuh dibahagian tertentu. Bulu-bulu ini akan tumbuh apabila seseorang itu mengalami proses tumbesaran. Lazimnya, bulu ini akan tumbuh apabila seseorang sudah mencapai tahap akil baligh.
Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan orang kita memandang remeh akan hal ini. Oleh kerana ianya tumbuh ditempat yang tersembunyi, maka perkara ini sering dipandang enteng. Apabila ianya tidak diurus dengan baik, seseorang itu lebih mudah dijangkiti kuman di bahagian tersebut.
Lazimnya, golongan lelaki sering dikaitkan dengan sifat malas untuk mencukur atau memotong bulu kemaluan. Namun begitu, golongan wanita juga tidak berkecuali dalam hal ini. Terdapat juga sesetengah wanita yang menyimpan bulu kemaluan bagi tempoh masa tertentu.
Pernahkah anda membaca atau mendengar lawak jenaka mengenai seseorang yang menyimpan bulu kemaluan terlalu lama…?
Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5.
“Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!”
Apabila sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
“Nah Jah, ambil 50sen ni!”…tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat 50sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. “Ambil duit ini beli pisau cukur!”… Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun…?%$.
“Moral of the story”…kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau, iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
“Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut. Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara. Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.
Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan) dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan
Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
Wallahualam.
 Sama-samalah kita menjaga kebersihan, kerana menjaga kebersihan itu amat dituntut oleh Islam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, 10 May 2015

5 Perbuatan 'Baik' Yang Boleh Membawa Padah




1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego, sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangandengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersihmengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.


2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit. Hal ini dejelaskan oleh Jody Levine,seorang dermatologis dari New York.
"Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jikamereka tidak mendapat hasil dengan cepat. Perlu diketahui bahawa, produkkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. "Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut, "tambahLevine.


3. Memakai 'selipar Jepun' (flip flop slippers)
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, anda pun memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.
"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak kaki(mengikut bentuk tapak kaki).


4. Menggosok gigi selepas makan
Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan. Beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.
"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis," kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.


5. Latihan cardio untuk menurunkan berat badan
Jika anda fikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah, anda ternyata salah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New York, "Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa."


Selain itu, melakukan gerakan sukan yang sama (kardio) terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak.

Sunday, 3 May 2015

PETUA MELAYAN ISTERI


Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Sunday, 29 March 2015

MENITIS AIR MATA INI, KISAH ISTERI TERKANTOI CURANG DIHADAPAN ANAK APABILA BERADA DI MENARA GADING

Kisah Pengorbanan Suami Sanggup Hantar Isteri Ke Menara Gading"Abang, laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak guna minggu ini urgent pula tu."

Berkerut kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.

Nak tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang terbaik pada hematnya.
"Ibu nak balik?"

Anak tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak seketika dari lamunan.

"Tak, ibu sibuk study. Sibuk baca baaanyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu ya?"

Senyum sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.

"Mana aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh."

Kepalanya kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan, semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.
Mundar-mandir sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.

"Abah, peninglah tengok pusing-pusing."

Anaknya mengomel. Mengusik hatinya.

"Abah exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?"

Dia mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak sambil melarikan diri dari ayahnya itu.

Dalam kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.

Lelaki itu membulatkan tekadnya.


**

Tunai sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.

"Kita buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!"

Si kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan. Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.

Dalam kereta, si ayah berborak dengan anaknya.

"Kamu nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja."

Anaknya tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum dengan bibir mungilnya.

"Abah nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra."

Anaknya bertanya,

"Siapa tu?"

Ayahnya membalas lembut,

"Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku." Fatimah adalah anak Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama ayahnya.

Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan oleh kaum Quraisy."

"Fatimah seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta."

Anaknya tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.

"Sayang abah tak?"

"Sayang sangat!"

**

Hari sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,

"Saya outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama."

Suaminya itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta. Berhampiran saja dengan asrama isterinya.


Seketika, anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.
"Ibu, ibu!"

Anaknya menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti betul-betul di sebelah isterinya.

Hatinya mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ.

Suami tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.

Kedua-dua kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.

"Library apa di Genting Highland?!" Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.

Parking jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya. Mungkin isterinya ada kerja di situ.

Lelaki itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.

Saat itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang mengerti segala!

"Ini ke perpustakaan awak tu?!"

Pasangan sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.

Anak perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam terketar-ketar, si suami bersuara.

"Abang datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima surprisenya!"

Isterinya itu membalas bongkak,

"Aku tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.

Buat apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup? Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak pakai duit banyak!

Laptop tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru. Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di mahkamah!"

Hancur lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus. Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak pernah pula dipakai sedemikian di depannya.


"Anak tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak." Wanita itu menuding jarinya ke arah si kecil.

Anaknya itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan. Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,

"Tak nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!"

Ibunya tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.

Ayahnya juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun. Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.

Hatinya tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai mendidik isteri.

Bukan kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan. Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.

Bila hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.

Apa saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.

"Katalah apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!"

Sunday, 15 March 2015

10 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia.

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini :

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Mohon sebarkan agar kita dapat memperbaiki perkara ini dalam masyarakat kita. Tekan butang share dibawah untuk kongsi.