Thursday, 24 October 2013

Ganjaran Untuk Isteri Solehah



1. "Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun"

2. "Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"

3. "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin"

4. "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai syahid & khidmat kepada suaminya sebagai jihad"

5. "Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)"

6. "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

7. "Apabila meninggal dunia dan suaminya redaha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga" (Riwayat Tarmizi)

8. "Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka" (Riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday, 23 October 2013

Hikmah suami isteri bergaduh sekali seminggu, lepas ini ajaklah isterimu gaduh selalu

KALAULAH saya suami yang tidak pernah marah,  menegur,  merungut, atau mengeluh, saya percaya dalam  beberapa bulan sahaja, isteri pasti akan berasa menyampah habis setiap kali melihat muka saya.

Lebih teruk, saya mungkin dianggap suami dayus ataupun bodoh walaupun ‘saya tidaklah bodoh sangat!’
Rumah tangga kami sudah pasti teramat membosankan. Itulah yang saya percaya dan saya percaya, itulah juga yang dipercayai ramai orang!
Walaupun ketika berkonflik, semua orang akan mempersoal malah menyesal kerana menganggap pasangannya adalah yang paling teruk di dunia, namun percayalah, dia pasti akan lebih menyesal jika mendapati pasangannya itu adalah manusia yang hanya tahu senyum dan mengangguk sepanjang masa!
Saya teringat untuk menulis hal ini semalam apabila isteri minta tengok laporan akhbar mengenai satu kajian bahawa suami isteri perlu bergaduh sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menurut laporan itu,  tinjauan   Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) mendapati pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu dianggap masih boleh berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiamkan diri ketika marah.

Ini menunjukkan pertengkaran membantu merapatkan hubungan suami isteri dan memulihkan salah faham. Justeru, ia amat penting dalam rumah tangga.
Daripada pengalaman, kenyataan itu memang tidak ragu-ragu untuk saya akui.
Pertengkaran selagi masih dalam lingkaran kasih sayang dan pertanggungjawaban, bagi saya adalah suatu ekspresi kesungguhan. Syaratnya, jangan sampai ada maki hamun atau sepak terajang yang boleh membuat pasangan trauma atau berasa terhina!
Kadang kala pertengkaran juga  membuat kita lebih memahami pasangan.
Hayati bait lirik lagu Tan Sri P Ramlee:
Sedangkan lidah lagi tergigit
apa pula suami isteri
buang yang keruh, ambil yang jernih
barulah teguh peribadi …
Ya, lama dulu kita sudah disedarkan bahawa konflik suami isteri ada hikmahnya untuk lebih bahagia. Ini untuk kita insaf i bahawa kita tidak boleh hidup dalam hanya satu atau dua warna.
Dalam buku Aduhai Isteri halaman 53-56, saya menulis   bahawa ketika berkonflik, suami isteri harus sentiasa sedar dan ingat mengenai  hakikat cinta dan kasih sayang sesama mereka selain menanam teguh dalam hati bahawa konflik bukan semata-mata mahu cari pasal untukbergaduh dan pasangan pula bukan musuh.
Akhirnya kita akan mendapati bahawa pertengkaran dalam hubungan suami isteri sebenarnya adalah sangat indah, pergaduhan boleh bawa hikmah. Syaratnya seperti yang saya nyatakan tadi, jangan ada maki hamun atau sepak terajang apa lagi menyebut sesuatu yang tidak seharusnya – berpisah!
Mengapa saya kata hal yang bagi sesetengah orang adalah sangat tidak elok itu sebagai hikmah, atau sesuatu yang indah?
Bayangkan sahaja begini, setelah puas bertengkar, melepas habis apa yang terbuku di hati, kita lazimnya akan sedar, insaf bahawa orang yang kita sudah kata macam-macam itu sebenarnya adalah insan yang paling kita sayang, orang yang selama ini menjaga kita, orang yang selama ini jadi teman kita di kala susah dan senang, orang yang sudah terlalu banyak jasanya kepada kita, berkorban untuk kita dan bagi suami, insan itulah juga yang bersabung nyawa melahirkan zuriat kita!
Apakah dalam keinsafan yang seperti itu masih tega lagi dalam hatimu wahai kawan untuk terus membencinya?
 
Sudah pasti tidak melainkan jika kamu benar-benar berhati syaitan!
Justeru, ketika itulah saya percaya bahawa hati kita yang sebenarnya sudah siap ditanam dengan kasih sayang yang sejati akan diselubungi sepenuhnya oleh kekesalan yang amat sangat.
Ada baiknya dalam keadaan seperti itu, biarlah sama-sama menangis, mengulang sebut pengakuan bersalah, memuji-muji pasangan sebagai manifestasi penyesalan.
Dan percayalah juga bahawa dalam keadaan itu, hati manusia mana sekalipun pasti akan sanggup untuk membuat penyerahan diri yang total kepada pasangannya, zahir dan batin dengan sepenuh kasih sayang.
Sebagai suami isteri ataupun insan yang sudah dewasa, kita masing-masing tentunya amat memahami apa yang seharusnya berlaku selepas itu. Sebab itulah juga saya ‘menegur’ isteri saya apabila dia ‘tagged’ laporan akhbar itu dalam ‘wall’ Facebook saya dengan kata-kata “jom gaduh…”
Ya, saya segan walaupun dia semata-mata ajak saya bergaduh dan saya sendiri pun sememangnya suka bergaduh!

Sunday, 20 October 2013

MEGAPA KAMU BISA MENINGGALKAN APA YANG BAIK YANG PERNAH DAHULU KAMU LAZIMI ?

:(


jika dulu, semasa di alam persekolahan, bersama2 sahabat di asrama/rumah sewa, ada yang mampu membaca sejuzuk al-quran setiap hari sementara menunggu solat isyak berjemaah di masjid..

jika dulu, ikhtilat nya terjaga, sekarang main hentam saja, melayan yang tiada kena mengena, di mana 'stand' kita yang pernah dahulu menjadi benteng di jiwa?

jika dulu, usai subuh dan asar berjemaah, dapat kita alunkan zikir mathurat bersama2, usrah pula menjadi tunjang kekuatan kita,

jika dulu, menjadi kebiasaan membaca surah yassin beramai2 di dataran perhimpunan sekolah, membaca asma ul husna sebelum kelas bermula, membaca doa penerang hati bersama2, kenapa tidak sekarang? sudah terlalu dewasa agaknya..

jika dulu, bacaan al-mulk akan kedengaran antara jam 11 ke atas, tapi sekarang suasana sepi di iringi bunyi cengkerik sehinggalah malam berlabuh dengan begitu sahaja..

jika dulu, seawal jam 4 pagi, sudah terdengar bunyi percikan air, ada yang bersiap sedia untuk berjumpa kekasih abadi, namun malangnya kini, jam 6.45 pagi, lantai di bilik mandi masih kering lagi..

jika dulu, ada yang terpaksa menutup aurat, melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung kerana peraturan sekolah, takut di denda guru disiplin agaknya? mengapa tidak di hayati sehingga meresap ke dalam hati??

jika dulu, kita lah antara penggerak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang giat menjalankan amar makruf nahi mungkar..mungkin sekarang ada yang sedang di uji dengan kata2 yang pernah dituturnya sendiri..

ayuh tempelak diri, demi kepentingan di kemudian hari...
kenapa ada yang telah jauh lari, dari landasan yang telah di gariskan Ilahi..
tidakkah kau merindui, saat diri di tarbiyyah untuk mengikut acuan agama yang suci?
carilah kembali biah solehah yang pernah dahulu sebati dengan diri,
sebelum diri jauh menyimpang, ingat diri kita sentiasa di 'perhati',
segala amalan akan tercatat dalam buku yang bakal di bentangkan nanti,
istiqamah itu amat sukar, bagi hati yang telah 'mati'..
..........................

Saturday, 19 October 2013

~Kisah Allah s.w.t menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah saw:


Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah

datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani

Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.

Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah

S.W.T :


Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami

lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga

perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan

satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku
dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh

Allah S.W.T.


2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan

dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi
Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.


3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan

kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama

Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

~Islam sama Islam fighting, non Muslim hahaaha~

Untuk Kaum Adam.. Hayatilah..

Apabila si En.Suami suka membanding2 kan isteri dgn perempuan simpanannya..

En. Suami : Ustaz..ppoan simpanan sy lbh ramping tubuh nya..tp isteri sy
gemuk..

Ustaz : ppoan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sbb dia lbh sygkan bentuk tubuhnya dr kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk tubuh badan

En. Suami : Tapi ustaz..ppoan simpanan sy lebih manja dan lemah lembut.. isteri sy jarang ada masa utk sy dan kadang2 garang..

Ustaz : ppoan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak2 kamu.. krn dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..

En. Suami : isteri sy jarang memujuk sy ustaz..tak seperti ppoan simpanan sy..

Ustaz : itu krn isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mrk bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mrk. bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa utk bersama mrk. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama ppoan simpanan kamu itu. ppoan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?

En Suami..tapi kan ustaz....

Ustaz: cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna dimata awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk tubuh nya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari
mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awk hargai.bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. lebih baik awk nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk ....

KELEBIHAN WANITA HAMIL



Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

Sungguh mulia WANITA ini. Jom sebarkan utk pengetahuan bersama;-)..

4 ucapan yang paling disukai Allah Taala & ganjarannya amat besar!



1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

2) Barang siapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa).

3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa).

4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).

jom amalkan ..