KELEBIHAN WANITA HAMIL
Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita tidak hamil
Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik
dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang
hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut
menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud
bersama
Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari
Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala
puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan
kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari,
sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.
Pahala wanita bersalin
Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan
puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala
haji.
***
Demikian mulianya pahala bersalin sehingga
tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah
kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah
memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.
Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam
masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang
memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala
daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu
badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun
pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup
tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa
malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit
dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri
12 tahun pahala ibdah.
Sungguh mulia WANITA ini. Jom sebarkan utk pengetahuan bersama;-)..
No comments:
Post a Comment