Pasangan yang sudah berkahwin tetapi diuji dengan hubungan jarak jauh sememangnya
satu yang memeritkan. Apatah lagi jika ikatan itu baru sahaja dibina.
Tidak boleh tidak, ia memerlukan pengorbanan dan setiap pasangan harus
memahami di antara satu lain. Jika anda perasan,
kebiasaannya pasangan yang berhadapan dengan isu Perhubungan Jarak Jauh
ini adalah dari golongan guru.
Baiklah jom kita ikuti 5 tips bagaimana kita mahu menjaga hubungan jarak jauh.
#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia
Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti
kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya,
apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya
anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat,
kita perlu rajin berdoa dan tabah.
#2 Berhubung Secara Kerap
Rajinkan
diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan
sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada
SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium
teknologi telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya.
Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan.
Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada
pasangan kita secara bergilir-gilir.
#3 Mengadakan Pertemuan
Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan.
Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri,
mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak,
tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.
Jika
terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan
perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk
dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi.
#4 Jujur Terhadap Pasangan
Antara
kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur,
bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu
muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami
agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar
berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda.
Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh
mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai
ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti.
#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama
Jangan
sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita
lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula,
pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka,sambutlah ulang tahun bersama dan
usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu pergi ke
tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan
hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya.
No comments:
Post a Comment