Isteri
bangun pagi Subuh rasa pelik.. Sebab biasa isteri orang pertama bangun,
tetapi hari rasa macam lain je..dan suami tiada di sisi nak dikejutkan.
ISTERI : (bangun cari lampu, Tup! Terkejut si isteri buka lampu bila
tengok biliknya penuh dengan hiasan, belon, sarapan terhidang dalam
bilik dan foto2 kemesraan sepanjang perkahwinan dan bercuti ditampal
penuh dalam bilik!)
SUAMI : (suami masuk bilik
dengan bawa kek dan nyanyi happy birthday, senyuman paling manis
diberikan) Sayangg, kek ni abang buat sendiri dari kul 3 pagi. X reti
kek macam kedai tu, kek batik boleh kan? (muka risau)
ISTERI :
Abanggggg, comel la! Kek batik sambut birthday?hehe..Kenapa susah2 mcm
ni (peluk badan suaminya sambil keluar air mata terharu)
SUAMI :
(pegang bahu isteri, kucup 8 tempat di muka isteri) Selamat hari lahir
sayang, semoga Allah jadikan abang hadiah terbaik pernah sayang miliki
setiap hari, mencintai, membimbing dan membahagiakan sayang dunia
akhirat. Tengah hari nanti abang ada kejutan lagi, abang bawa sayang
satu tempat yea..
SUAMI : (mesej isteri) Sayang, siap2 yea. Lagi
30 minit abang sampai rumah, kita lunch kt luar. Abang nak bawak sayang
satu tempat
ISTERI : (reply mesej) Isyhh abang ni.. X senang tau fikir apa suprise abang nk buat ni, jgn mcm2 tau.Hehe..
SUAMI : (x sabar nak balik, kemas cepat meja pejabatnya, sambil bual
dgn kawan sekerja) Hari ini birthday orang rumah, x sabar nak bagi dia
hadiah ni (sambil tunjuk) lama dia nak ni, aq x lepak minum2 dgn kau sbb
kumpul duit utk ni la.
KAWAN : Aku kagum dengan kau, serius kaulah lelaki paling baik aku kenal sejak sekolah. Kau x berubah. Bini kau memang bertuah.
SUAMI : Aku yang bertuah dapat dia, dia cukup bagi aku. Kalau aku mati
dulu pun, aku nak tunggu dia kt sana, di Syurga aku mohon dia bidadari
aku. Aminn! Jom Zohor dulu, jap lagi x sabar nak balik ni...
KAWAN : Apa kau merepek ni? Isyhh, x baik ckp mati2 la. Dah2, jom kita
jemaah. Aku tak pernah puas dengar takbir kau jadi imam dari sekolah
lagi!
Seusai solat...
SUAMI : (bercakap dengan
kawannya) kau sahabat aku dunia akhirat, lama kita berkawan. Aku minta
maaf kalau ada terguris hati kau tau selama ni..
KAWAN : Apa kau merepek ni..(semakin risau tentang sahabatnya)
==========================================
Di rumah isteri menunggu... jam menunjukkan jam 2.30 petang. Lewat 30 minit.. Sehingga terlelap di sofa.
tok3..(bunyi pintu diketuk) si isteri buka pintu dengan senyuman dan
peluk suaminya. Rindu bau wangi suaminya, dicium dan gomol mukanya di
dada suami seperti biasa manjanya..
ISTERI :
Astagfirullah..(terjaga mimpi) terlelap pula..Mimpi rupanya aku..
(melihat jam sudah jam 3 petang) Lewatnya abang balik, dah lepas lunch
ni, emm.. kalau tak jadi boleh kerja hari ni. Customer nak produk ni.
tok3.. (bunyi pintu diketuk)
ISTERI : (muka gembira)
Yang mengetuk pintu itu adalah kawan yang juga sahabat suaminya..
dengan muka sugul, menahan air mata tumpah, memandang isteri
sahabatnya..lalu tertumpah juga air matanya berlinang di pipi.
KAWAN : (bergetar suara dan bibir) SUAMI KAMU SUDAH MENIGGAL
DUNIA......(menyerahkan hadiah suaminya dan catatan bertulis tangan)
ISTERI : (GELAP DUNI! Terduduk.. Hampir pitam.Tangisan seorang isteri yang tak dapat digambar dengan kata2.....)
=========================================
"Ke hadapan isteriku... Ketika tulisan ini sayang baca, mungkin abang
tiada lagi di alam nyata ini sebagai suamimu.. Ketahuilah, abang menulis
dgn penuh rasa cinta..
Namun, abang minta maaf kerana
rahsiakan hal ini kepada sayang.. Abang menghidap kanser otak tahap 4,
dan abang menulis ini ketika abang mengetahui penyakit abang ini...
Abang amanahkan sahabat abang menyerahkan surat ini andai abang tidak
berkesempatan..
Abang minta maaf tidak dapat beri kehidupan
mewah dan indah seperti idaman sehingga sayang terpaksa bekerja juga
sehingga larut malam dan keletihan, namun.. Abang berusaha isikan rumah
kecil kita dengan iman dan kasih sayang sebagai ganti..
Abang
minta maaf membiarkan syg tidur dengan keletihan sbb kerja, tiap kali
sayang tak sedar dalam tidur sebab letih sangat, tiap itu abang menangis
kucup dahi sayang, melihat sayang lena abang tersenyum dengan linangan
air mata..
Abang sudah maafkan semua apa yg berlaku, abang tahu
sayang sibuk kerana kerja dan nak capai impian, ingin kehidupan yg
lebih baik.. Abang sayangkan ayang dunia akhirat, sudilah menjadi
bdiadari abang. Abang nak bawa sayang ke suatu tempat, iaitu Syurga.
Jangan tangisi pemergian abang, menanti sayang di pintu Syurga.
Kekasihmu, suamimu dunia akhirat. Salam sayang selamanya. Abang nampak
arwah mama memanggil-manggil abang..
Surat cinta terakhir abang."
No comments:
Post a Comment