Friday, 4 October 2013

~~hayatilah~~

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya DIA, ALLAH Yang Maha Adil.
Pinjam 1 minit, baca ayat ini...

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

No comments:

Post a Comment